keHiDuPan PeRlu DitErusKan

keHiDuPan PeRlu DitErusKan

Sunday, August 7, 2011

~doa untuk jodohku~ 8/8/2011

12.30a.m (8/8/2011)

tibe2 malam ni aku terfikirkan pasal jodoh aku,,,
huhu,, smp sekarang aku belum berpeluang memiliki cinta yg sejati,,
cinta yg bertahan lama,,,
adakah kerana cinta ku pada NYA tidak kuat??
mungkin aku leka dgn cinta dunia, sehingga cinta ku pada NYA semakin kurang dan berkurang,,,
YA ALLAH, buka lah pintu hatiku, agar aku kembali mencintaimu lebih dari mencintai dunia ku sekarang,, amin ya rabbal alamin....

-sedang melayan jiwa,,aku terjumpe artikal/kata2 dr sebuah blog,,,
--marilah hayati sama2....


Ya Allah,
aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.


Ya Allah
aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan dan perzinaan.


Ya Allah,
jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah , maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah , pasti terbaik buat diriku Ya Allah.


Namun Ya Allah,
jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar KAU tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah.


Ya Allah,
Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada segala kemaksiatan di dunia ini, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah


Ya Allah ya tuhanku,


Seandainya dia adalah jodohku Ya Allah , KAU bukakanlah hati dia Ya Allah untuk menerimaku Ya Allah , KAU dekatkan lah hati dia dengan hatiku Ya Allah KAU permudahkanlah jodoh ku dengan dia Ya Allah serta KAU satukanlah kami Ya Allah dalam satu ikatan suci Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan..


Ya Allah, ya rahman, ya rahim


Seandainya dia bukan jodohku Ya Allah kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku diatas muka bumu ini Ya Allah. Dan aku mohon pada-MU Ya Allah, KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar2 ikhlas blh menerimaku dengan seadanya aku Ya Allah, taat akan perintah-MU Ya Allah, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..amin ya rabbal alamin

Thursday, August 4, 2011

~4hari dalam bulan ramadhan~

alhamdulillah,

sekejap je da 4 hari kita berpuasa,,,
dan alhamdulillah, aku masih berpuasa lagi,,, yeah,,,,

tapi kekadang aku rasa sedey, bukan ape,,
tahun ni, tahun terakhir aku berpuasa kat kl,,
al-maklumlah, 4/9/11 aku nk kena daftar kat UNIMAP,,
sambung blaja yang mengambil masa 3-4thun insyaallah,,,
huh,, panjang lagi masa itu,, mengharungi hari2 dengan buku kembali lah aku
lepas ni,,,huhuuu...

puasa tahun ni,
aku akan ambik peluang menikmati sepuasnya puasa di KL,,,
menikmati masakan mak, wan aku, mak cik2 aku,,,
huhu,, t kat sana xdpt da rasa masakan yg tip top....
huhu.....

dalam menikmati kesedapan makanan,,
insya allah, xlupa menikmati perkara sepatutnya,,,,


~SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN~