keHiDuPan PeRlu DitErusKan

keHiDuPan PeRlu DitErusKan

Thursday, June 3, 2010

Apa Yang Kau Panggil Cinta

Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia
Apa yang kau panggil cinta
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara
Apa yang kau panggil cinta
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa
Apa yang kau panggil cinta
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan
Apa yang kau panggil cinta
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan
Apa yang kau panggil cinta
Cuma indah apabila kau membawa Tuhanmu menyertainya!

TeNanGLah Hati

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Insya Allah..........

Sunday, May 30, 2010

Aktiviti lepas final..........

30hb mei 2010

Perjalanan ke poli sabak bernam (PSIS). Perjalan jauh makan masa lebih 4jam dari PD memang memenatkan....aku bgn tido bgn tido xsampai2 jugak...jauh ye la kan... penat2 jalan jauh pun, bile tgk kehijauan pokok2 disepanjang jalan, aku rasa sgt tenang... tibe2 rasa diri aku ni sgt tenang terutama dalam jiwa ini... sbl aku smp sabak bernam, macam masalah aku alami...
huh... begitu hebat ciptaan ilahi sehingga kite bleh tenang bile tgk keindahan pokok2 yg tumbuh membesar dgn warna hijau.....

Sampai je PSIS ni, aku rasa happy sgt, ye la...aku antara yg bertuah dpt kursus 3P ni...
dapat ye kursus ni, aku dapat menimba ilmu baru, insya Allah, andai kata aku tidak terima kursus ni, aku mesti byk menghabiskan masa kat rumah cmtu je... btol x??/ Dok umah, mkn tido mkn tido bertambah gemok la aku....huh.......

ketika aku kurus


ketika aku gemok....

kat sini aku da dpt kawan....huhuuu perangai mereka semua sengal2... kawan2 baru ni bdk poli JB, name ye fatin,wawa n aim...act diaorang ni kawan kepada sila (kawan poli ku) happy la ade jumpe kawan br dlm hidup..... dapat la menambah kenangan2 baru dalam hidup.... guys nice to meet u all............

31hb mei 2010

hari ni x masuk kelas lagi....aku,ecah n mas dok dlm bilik je... kuar hanya tuk g mkn je... erm...... nak g mana2 semua jauh... huh... payah tul... jadi kami dok bilik dan tido,tido dan tdo....
agak2 aku leh bertambah gemok ker??? pkul 4.30 ade taklimat...huhu...harap2 abis cepat la...
cz aku nk tido...hehehee.................

esok da mule kelas softskills...........
harap semua baik2 nanti......

ok la nk g tido...t sambung g....


Tuesday, May 25, 2010

KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN..........

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan.....


lirik lagu shahir af8...

penuh dgn makna lagu ni.......

RinTihaN JiwA

Terbayang gambar wajahmu
Menjelma di sudut hatiku
Tak terdaya aku
Membiarkan ia pergi

Walaupun telah berlalu
Tiada lagi kau di sisi
Masih belum pudar
Kenangan untukmu

Apakah salahnya diriku
Hingga sanggup kau tinggalkanku
Setelah ku beri kasihku padamu
Dan telah ku sandarkan
Harapan melangit pada dirimu

Dengarkanlah rintihan jiwa ini
Yang menjerit memanggil oh namamu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa aku cinta padamu
Dan kerana-Nya jua
Kita terpisah

final exam tamat...........

Alhamdulillah....
hari terakhir di POLITEKNIK PORT DICKSON
berakhir dengan ketenangan.........
tamat masa last paper pkul 12.45
tibe2 aku rasa sgt sebak dlm dada ku......
ehmm...cam xcaya je da abis blaja kt poli PD ni...
macam2 yg aku tempuh dalam masa 3thun disini..
melayan kerenah kawan2 yg pelbagai kerenah........
selama di POLI PD ni...macam2 pengalaman aku dapat...
dari pengalaman balaja macam2
selain tu, kenal apa erti kawan,sahabat,teman.....
mmg cabaran dlm hidup aku..........

Aku sgt berterima kasih pada orang yg penting dalam hidup aku...
orang yg menjaga,memberi ape yg aku mahu....
tanpanya aku xkan pergi sejauh ni...
orang yang aku maksudkan my lovely mom n dad........
PN NORENAH & EN. ZAINUDDIN
along syg mak abah...
terima kasih mak...terima kasih abah........

selepas ini,
aku merancang untuk mencari kerja...
aku ingin mengumpul duit...
nak balas jasa mak n abah n family2 ku yg lain....
mudah2n ALLAH memberi rezeki dan ruang untuk
aku melakukan perkara2 ini.......
selain itu, aku nk kumpul duit nak beli kamera
idaman aku......

ya! aku kena rajin untuk dapat ini semua.....
tunggu taw gajet terbaru aku.......

Monday, May 24, 2010

stress..........!!!


bermula 17/5 aku da mula saat2 terakhir
kat tmpat aku menuntut ilmu pgetahuan
POLITEKNIK PORT DICKSON....3paper
sudah selesai....n 24/5 aku exam math....
paper plg stress skali...smpkan aku
hampir `down` nasib la aku ada kawan yg
baik hati membantu aku...
terima kasih ecah.......jasamu kenang smp bile2...
selepas blik exam aku g mkn la kt kedai
ye la lapar sgt, da la pg2 bute berlari2
masuk toilet,kena cirit da.........
wawaaaaaaa.........
nasib dlm kelas exam ok....GOOD...
after aku g mkn, aku blik ngn niat nk berehat..
n aku nk tido sementara...

Dlm jam 6ptg..aku terima panggilan dari my sis...
kata ye `die' xpuas ati ngan aku...
die kate aku kurang ajar.........
mmg aku hangin btol.......
mgeletar 1 badan ni menahan mara.......
nak dijadikan cite sejarah.....
bile aku ckp dgn `die' dlm tepon
hari sejarah dlm hidup aku...erm..
xsangka org yg aku syg 3thun yg lepas
sggup tinggi suara ngan aku......
ni la firstime die wat perangai kt aku cmni........
mmg tahap kemarahan,sedey,kecewa, terkilan
tahap gaban la.........
erm..........
walau ape2 pun aku bersyukur, ALLAH S.W.T
da tunjuk kat aku sapa `die' yg sebenar ye...
n mlm ye aku hntar mesg maaf atas ape yg aku lakukan
padanya...
`die' reply ~nasi dah jadi bubur~
aku paham da apa masuk ye...
then `die' kate kat aku ~don`t disturb `die' ....END
aku kecewa...tp aku sgt puas
sbb aku x akan berhubung dgn org spt `die'yg
x kenang budi......!!!

Walaupun kejadian semlam sgt perit dan
menjadi titik hitam dalam hidup aku...
tp aku perlu teruskan kehidupan baru aku tanpa
`die'....
aku taw ade org yg akan menghargai aku
dlm hidupnya........thanks sis huda...
sis huda byk bersabar dengan perangai aku...
die yg menjadi teman pendengar ketika aku sedey,gembira
thanks sis huda.........
25/5 aku perlu habis kan exam
aku sebaik mungkin.......
selepas tamat exam...
bermula lah perpisahan antara aku dan kawan2
di POLITEKNIK yg aku bersama selama 3thun..........
sedey ye............walau apa pun aku syg korang
walaupun ade diantara kite yg tidak rapat.......


Kawan2 jgn lupe kan aku k..........nanti konvo kite jumpe lagi k.....
syg korang............